Tunggu kenyataan rasmi Istana Kelantan: MB

Oksana menceritakan pertemuan pertama dengan suaminya, Sultan Muhammad V di laman Instagram miliknya.
Oksana menceritakan pertemuan pertama dengan suaminya, Sultan Muhammad V di laman Instagram miliknya.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan meminta supaya semua pihak menunggu pengumuman daripada Istana Kelantan berhubung berita perceraian Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik Rusia Rihana Oksana Gorbatenko.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata hanya Pejabat Istana Kelantan sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu pernikahan dan perceraian Sultan Muhammad V.

Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat pernikahan dan perceraian kerana maklumat rasmi hanya dikeluarkan oleh Pejabat Istana Sultan Kelantan.

"Setakat ini kita tidak dapat maklumat. Itu biasanya melalui Pejabat Sultan, saya Pejabat Menteri Besar... lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wahdah Temasek (Infak Wakaf Umat Islam Singapura) di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Istana Kelantan setakat ini masih berdiam diri berkaitan isu itu tetapi sudah mengeluarkan penegasan bahawa tiada pihak boleh digelar permaisuri Kelantan, raja perempuan Kelantan, sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Rihana Oksana dicerai talak tiga?

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!