Ini punca masyarakat marah-marah!

Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan tajuk ‘Pengucapan dan Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?’, sedang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan tajuk ‘Pengucapan dan Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?’, sedang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar melihat ada dua punca yang menjadikan jenayah kebencian semakin memuncak mutakhir ini.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, masyarakat hari ini berdepan kesempitan hidup yang menyebabkan mereka beremosi.

Selain itu katanya, ahli politik turut mengambil kesempatan atas hubungan etnik yang tidak begitu baik itu.

"Mood sosial kita tak ceria sebab kesempitan hidup, gaji pun tak naik, harga barang pula naik. Ini punca kita jadi marah-marah dan bahasa digunakan pun ada unsur kebencian.

"Politik hari ini juga berperanan. Yang kalah tak tahu urus kekalahan, yang menang juga tak tahu urus kemenangan. Dah jadi kerajaan pun masih bertindak sebagai pembangkang, politik tak stabil," katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan judul 'Pengucapan dan Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?', di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, moderator, Ahmad Fedtri Yahya menyifatkan emosi yang tidak sihat itu mempengaruhi penggunaan ayat yang dituturkan.

"Apabila emosi tidak sihat, bahasa digunakan pun lain. Contohnya makan, ayat baiknya tapi kalau marah mungkin 'mentekadarah'.

"Untuk kematian mungkin bila emosi baik, disebut menutup usia tapi kalau marah mungkin kata mati, mampus," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!