Sindiket Apang tumpas

Mazlan (dua dari kanan) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam serbuan di Kepong di sini Isnin lalu.
Mazlan (dua dari kanan) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam serbuan di Kepong di sini Isnin lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelicikan sindiket bergelar Apang yang aktif menjalankan kegiatan perjudian online hingga mengaut pertaruhan mencecah RM1.5 juta di dua buah premis di Jalan Metro Barat Kepong di sini berjaya ditumpaskan.

Kegiatan haram yang menjadikan premis tersebut sebagai 'pusat panggilan' diserbu polis daripada Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan bermula jam 10 malam berjaya menahan 49 warga China termasuk tiga wanita berusia lingkungan 19 hingga 52 tahun.

Katanya, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan sebagai 'runner'.

Antara barang yang dirampas dalam serbuan di Kepong di sini Isnin lalu.
Antara barang yang dirampas dalam serbuan di Kepong di sini Isnin lalu.

"Dalam serbuan ini, 48 set komputer, telefon bimbit (67), tetikus (17), router (2), modem (2), kad akses (3) dan enam rangkai kunci.

"Rampasan dianggar bernilai RM100,000 dan kesemua tangkapan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu bergerak aktif sejak sebulan lalu dengan menyewa rumah kedai serta kondominium dengan sewaan RM4,000.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, malah pihaknya percaya sindiket yang didalangi warga China ini menjadikan Malaysia sebagai hab perjudian online bagi pelanggan dari negara China.

"Siasatan juga mendapati suspek warga China ini menerima bayaran gaji RM2,000 sehingga RM2,500 sebulan," katanya.

Tegasnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!