Md Radzi pikul amanah besar

 Md Radzi Wahab
Md Radzi Wahab
A
A
A

JELI - Pengerusi baharu Parti Amanah Jeli, Md Radzi Wahab, 51, mengakui kemenangannya pada pemilihan parti itu Sabtu lalu bukan untuk dibanggakan, sebaliknya sebagai satu amanah dan bakal memikul tanggungjawab lebih besar selepas ini.

Md Radzi berkata, beliau akan berperanan untuk memperkasakan Amanah dan memastikan semua ahli parti bersatu atas wadah perjuangan yang sama.

Menurutnya, penstrukturan semula parti akan dilakukan agar ia lebih mantap dan dominan kepada semua golongan.

"Penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dilakukan dan buat permulaan, tumpuan saya kepada usaha menambah bilangan ahli dan cawangan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Md Radzi berkata, selain itu, beliau juga akan berusaha membantu meningkatkan ekonomi ahli-ahli parti melalui rangkaian perniagaan dimiliki dan yang bersesuaian dengan kehendak serta keperluan semasa.

Dalam pada itu, Md Radzi berkata, beliau turut bertanggungjawab memastikan semua parti gabungan PH bersatu hati dan sentiasa ada kebersamaan walaupun bernaung di bawah parti yang berbeza.

"Biarlah Amanah, Parti Bersatu dan PKR ini dilihat satu angkatan, atas nama PH, bukannya masing-masing dengan cara dan haluan sendiri.

"Ini kerana, jika situasi ini berterusan, mungkin sukar untuk PH bertahan pada PRU15 nanti, jadi pada saya, ia perlu dibuat penambahbaikan berbanding sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahli Amanah Jeli, Md Radzi Wahab dipilih sebagai Pengerusi Amanah Jeli selepas menewaskan penyandang, Mat Sulaiman Daud pada pemilihan parti itu di sini Sabtu lalu.

Md Radzi berkata, beliau menghargai dan berterima kasih atas kepercayaan diberikan pimpinan parti itu dan berazam akan memberikan yang terbaik demi memastikan Amanah Jeli terus menyumbang kebaikan kepada rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!