Kerajaan didakwa gagal urus perpaduan negara

Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan tajuk ‘Pengucapan dan Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?’, sedang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Wacana Sinar Ilmuan bersama Majlis Profesor Negara (MPN) dengan tajuk ‘Pengucapan dan Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?’, sedang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan sedia ada dilihat gagal memahami dan mengurus perpaduan negara sehinggakan ada kepimpinan yang bertindak seperti memimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, ia susulan berlaku kempen-kempen berbaur hasutan, etnik, agama dan negara yang menyebabkan rakyat merasakan wujudnya risiko etnik seperti himpunan anti ratifikasi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) baru-baru ini.

"Perkara-perkara ini yang menyebabkan anti ICERD berlaku sehinggakan di media sosial, kita perhati, (ada usaha untuk) memboikot barang sana dan sini.

"Pada saya, perkara-perkara ini yang sebenarnya menggambarkan kerajaan sedia ada gagal memahami di mana perpaduan kita, di mana kesepaduan kita dan apa yang perlu kita urus. Sehinggakan kita perhati, kepimpinan sedia ada lebih bertindak sebagai kepimpinan NGO," katanya Wacana Sinar Harian ke-82 bersama Majlis Profesor Negara bertajuk 'Pengucapan & Jenayah Kebencian: Apa Tindakan Kita?' di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Walaupun perpaduan yang dikecapi negara ketika ini lebih baik berbanding negara pascakolonial lain, namun Mansor berkata, Indeks Perdamaian Dunia Malaysia kembali ke angka tangga ke-25.

"Kita pernah berada pada kedudukan terbaik iaitu pada tangga ke-19.

"Di sebalik kerencaman itu, sebenarnya kita berjaya urus negara dengan baik, tapi yang kita risau sekarang ialah jika terlampau tidak dikawal, bukan sahaja media sosial, tetapi paling merisaukan bila perkara (berkaitan isu merentasi etnik yang boleh cetus ketegangan) diluahkan mereka yang memegang tampuk pemerintahan negara. Itu akan menghancurkan negara," katanya.

Menurutnya, kerajaan sedia perlu sedar hubungan etnik dalam negara bukan sentiasa baik.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun masih baik, Indeks Batas Sosial yang saya bangunkan itu menunjukkan penurunan walaupun masih positif.

"Yang menakutkan adalah permainan dan pilihan etnik dalam tingkah laku rakyat kita semakin meningkat terutamanya bila pilihan raya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!