Kulit terbakar akibat alahan ubat

Fauziah (dua dari kanan) menunjukkan keadaan Nurfaranizatul Syahirah kepada Aminolhuda (kiri) sambil diperhatikan oleh Mohd Faisal (kanan) di rumahnya di Taman Bistari Jaya, Batu Pahat. Gambar kecil, Nurfaranizatul Syahirah sebelum mengalami alahan ubat.
Fauziah (dua dari kanan) menunjukkan keadaan Nurfaranizatul Syahirah kepada Aminolhuda (kiri) sambil diperhatikan oleh Mohd Faisal (kanan) di rumahnya di Taman Bistari Jaya, Batu Pahat. Gambar kecil, Nurfaranizatul Syahirah sebelum mengalami alahan ubat.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang remaja perempuan di Taman Bistari Jaya, di sini, dahulunya seorang peramah bertukar menjadi pendiam selepas hampir keseluruhan badannya terbakar akibat alahan ubat.

Fauziah Abdullah, 40, berkata, pada awal anak sulungnya, Nurfaranizatul Syahirah Mohd Faisal, 18, mengalami demam panas sehingga timbul bintik-bintik merah pada badannya pada 28 Mei lalu.

Menurutnya, dia dan suami kemudian bawa dia (anak) pergi ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat pada jam 1 pagi untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang demamnya melarat.

“Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan, doktor benarkan anak saya balik sebelum datang semula ke hospital pada keesokan harinya untuk ambil darah kerana anak saya ada sejarah alahan.

"Kemudian, pada 30 Mei, dia dan suaminya, Mohd Faisal Kasmin, 42, terpaksa mengejarkan anaknya ke hospital semula apabila suhu badannya melebihi 42 selsius selain kulit badannya terutamanya di bahagian muka mula terbakar.

“Saya juga sempat tunjukkan kad alahan anak saya pada doktor kerana tidak mahu keadaan anak saya bertambah teruk, namun doktor berkeras untuk tambah dos ubat sedangkan saya dan suami berkeras mahukan doktor ambil ujian darah anak kami dahulu,” katanya semasa menerima lawatan Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor yang juga ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan di rumahnya di Taman Bistari Jaya, di sini hari ini.

Katanya, selepas itu, keadaan anak sulung dari empat beradik itu bertambah teruk apabila hampir keseluruhan anggota badannya termasuk mulut seperti terbakar selain muka anaknya itu sudah menggelembung.

Menurutnya lagi, akibat alahan ubat tersebut juga, kedua-dua mata anaknya bernanah dan doktor terpaksa membersihkan nanah tersebut pada mata anaknya tanpa sebarang ubat bius selama 11 hari.

Artikel Berkaitan:

“Keadaan mulutnya juga turut bernanah dan melepuh sehingga enam hari tidak boleh makan sebelum dibenarkan pulang selepas 12 hari ditahan di hospital dan sekarang dia terpaksa menjalani rawatan susulan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

“Sekarang dia (anak) jadi pendiam dan tidak banyak bercakap mungkin trauma dan malu dengan keadaan dirinya dan sebagai ibu, saya berharap keadaan anak saya kembali pulih seperti dahulu,” katanya.

Jelasnya lagi, ini kali kedua anaknya mengalami alahan ubat dan kali pertama pada tahun lalu apabila bacaan hati dan buah pinggangnya bengkak sehingga terpaksa ditahan di dalam wad selama sembilan hari dan ketika itu hanya tangan dan badannya saja yang terjejas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!