Ahli politik Thai mahu saman pihak sebar gambar seks

Watana (kiri) dan Nuttaa menjadi perhatian ramai selepas gambar seks mereka tersebar di Internet.
Watana (kiri) dan Nuttaa menjadi perhatian ramai selepas gambar seks mereka tersebar di Internet.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Anggota Parti Pheu Thai, Watana Muangsook dan aktivis politik, Nutta Mahattana hari ini berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar asmara mereka di Internet.

Watana, 61, telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap pemilik hotel dan beberapa individu yang terlibat dalam insiden itu.

Katanya, penyebaran gambar beliau sedang melakukan hubungan seks dengan pasangannya bermotifkan politik.

Tambahnya, perbuatan pihak terbabit menampal logo Pheu Thai pada setiap gambar bertujuan mencalar imej dirinya serta parti.

Gambar tersebut mula tersebar pada Jumaat lalu dan Watana berkata ia taktik kotor untuk menjatuhkan dirinya.

Sementara itu, Nuttaa berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar tersebut.

Katanya, gambar tersebut mungkin diambil secara rahsia kira-kira lima bulan lalu berdasarkan pakaian yang dipakainya.

Tambah wanita berusia 39 tahun itu, beliau tidak pernah menyembunyikan hubungannya dengan Watana kerana kerap keluar bersama di khalayak ramai. - Bangkok Post

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!