PDRM tidak keluarkan jadual kompaun baru saman trafik
AUTA
Tersebar di media sosial jadual mengenai kadar kompaun baru saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebaran yang turut menggunakan lambang PDRM itu menyenaraikan 14 kesalahan trafik bersama pelbagai jenis kelas kenderaan.
Turut dipaparkan adalah kadar kompaun lama dan kadar kompaun baru.
Antara yang isi kandung paparan tersebut adalah kesalahan memandu laju dari kadar kompaun lama RM150 kepada kadar kompaun baru RM70.
FAKTA
Menjawab dakwaan tersebut, Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menjelaskan jadual kadar kompaun baru saman trafik yang tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan pihaknya.
Menurutnya, kadar kompaun yang dinyatakan adalah tidak benar serta mengelirukan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan makluman lanjut boleh menghubungi kaunter Trafik di Balai Polis berhampiran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!