Saya tak faham kenapa Tun kata begitu...
KUALA LUMPUR - Kerajaan diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya mengubah kurikulum atau sistem pendidikan sedia ada.
Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan dalam kenyataannya berkata, pembelajaran agama akan membentuk akhlak murid murid agar tidak mudah terpengaruh dengan gelaja sosial, lebih-lebih lagi di zaman teknologi tanpa sempadan.
"Saya tidak faham kenapa beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) berkata begitu seolah-olah mahu mengubah pula sistem pembelajaran sedia ada," katanya.
Beliau turut hairan dengan pentadbiran kerajaan PH yang terlalu banyak menyentuh dan mengubah perihal yang berkait agama dan bangsa Melayu.
"Walau baru 7 bulan memerintah, adakah ini baik untuk Malaysia Baharu?
"Cadangan atau keputusan ia tetap sesuatu yang amat tidak wajar, kerana pada saya kehidupan ini perlu seimbang antara duniawi dan ukhrawi," katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri dilapor berkata akan mengkaji semula kurikulum persekolahan dengan memberi penekanan untuk penguasaan mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!