Tiga loji rawatan air ditutup ekoran pencemaran bau

Abdul Raof
Abdul Raof
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihentikan tugas ekoran berlakunya pencemaran bau sumber air mentah di Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, beberapa kawasan dijangka akan terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah.

Beliau berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 terpaksa dihentikan tugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Raof berkata pihaknya sedang berusaha bagi mengambil langkah selanjutnya untuk mengatasi masalah itu.

"Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang rasmi kami bagi mendapatkan maklumat serta status terkini yang akan dikemaskini dari masa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!