KTMB sedia bas perantara ke stesen Rawang, Serendah dari Kuang

KTMB
KTMB
A
A
A

KUALA LUMPUR-Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan bas pengantara untuk pengguna laluan stesen Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim yang akan tamat di Stesen KTM Kuang.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, tren akan tamat di Stesen Kuang dan perjalanan disambung dengan menggunakan bas yang telah disediakan untuk ke stesen Rawang dan stesen Serendah.

"Penumpang ke stesen Rawang dan stesen-stesen seterusnya diminta utk turun di stesen Sungai Buloh.

"Dari stesen Sungai Buloh ada disediakan bas perantara untuk ke stesen Rawang dan stesen Serendah, kemudian penumpang boleh sambung perjalanan dengan tren ke destinasi yang ingin dituju," katanya.

Katanya, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"KTMB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh para penumpang.

"Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB yang beroperasi 24 jam ditalian 03-22671200," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!