Termometer pecah dalam makmal sekolah
HULU SELANGOR - Satu unit termometer pecah menyebabkan kandungan merkuri terdedah pada udara di makmal sebuah sekolah menengah dekat Sungai Buaya, di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Penolong Penguasa Shahrin Jasmi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.16 pagi.
Menurutnya, enam anggota ke lokasi kejadian dan mendapati termometer yang pecah itu berada dalam simpanan makmal berkenaan.
"Anggota mengambil termometer terbabit dan disimpan di tempat selamat sebelum diserahkan kepada Unit Hazmat untuk tindakan lanjut.
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan operasi tamat jam 12.20 tengah hari," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!