Masalah dalaman PKR perlu diselesaikan segera: Anwar

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar sesuatu penerangan daripada Anwar (kiri) pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021, di sebuah hotel malam ini. -Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar sesuatu penerangan daripada Anwar (kiri) pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021, di sebuah hotel malam ini. -Foto Bernama
A
A
A

PORT DICKSON - Masalah dalaman PKR perlu diselesaikan segara untuk memastikan negara dapat diurus dengan baik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata persefahaman antara semua parti gabungan PH perlu dikukuhkan demi kestabilan negara.

“Dengan dukungan kita terhadap Tun Mahathir yang saya sudah kenal lama dan gaduh pun lama, saya tahu satu perkara yang tidak boleh dipertikai, Tun sangat suka dengan negara ini.

“Semangat untuk negara terlalu kuat sebab itu dia (Dr Mahathir) mahu mengangkat negara ini. Kita dalam Keadilan ada sedikit sebanyak masalah perlu dileraikan segera sebab kita ada tanggungjawab (bangunkan negara),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021 di Port Dickson, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tidak hadir bukan urusan saya, kata Tun M

Sementara itu ketika ditanya mengapa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir pada program itu beliau enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak mahu mengulas mengenainya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!