Kembara Mahkota Johor 2019 bermula

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berlepas menaiki motosikal berkuasa tinggi 'Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' pada Kembara Mahkota Johor 2019 kali ke-22 di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Kembara Mahkota Johor 2019 edisi ke-22 bermula hari ini, dengan menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjelajah perjalanan sejauh 240 kilometer untuk hari pertama.

Dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike', rombongan diketuai baginda Tuanku memulakan perjalanan sekitar jam 8 pagi dari Istana Pasir Pelangi, di sini.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengaminkan bacaan doa pelepasan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengaminkan bacaan doa pelepasan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Hadir sama pada pelepasan Kembara Mahkota Johor 2019 adalah Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Destinasi pertama persinggahan adalah Dataran Majlis Daerah Pontian, disusuli dengan Kampung Sungai Nibong (Semerah, Batu Pahat) selain Kompleks Sukan Tok Laji (Kesang Tasek, Tangkak) dan Maharani Up Town (Muar).

Keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor edisi kali ini menyaksikan perjalanan sejauh 686 kilometer melibatkan 10 daerah selama tiga hari, bermula hari ini hingga Isnin.

Sepanjang kembara, baginda Tuanku bersama keluarga diraja Johor dan ahli rombongan dijangka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuklah sukan rakyat, selain beramah mesra dengan rakyat jelata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!