Aksi penentu PKNP FC malam ini

Penyerang import PKNP FC, Giancarlo Lopes (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan lawan. - Foto PKNP FC
Penyerang import PKNP FC, Giancarlo Lopes (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan lawan. - Foto PKNP FC
A
A
A

HALA tuju PKNP FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) hanya akan diketahui hingga perlawanan terakhir liga berdepan PJ City FC di Stadium Petaling Jaya, malam ini.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, aksi terakhir saingan Unifi Liga Super 2019 dilihat penting demi memastikan survival skuad The Juggernauts itu untuk kekal bersaing dalam kelompok elit musim depan selain menempah slot beraksi di Piala Malaysia.

Justeru menurutnya, kesemua pemain diharapkan dapat beraksi dengan semangat juang tinggi berdepan skuad The Phoenix itu dan sekali gus menamatkan saingan Liga Super dengan nota kemenangan.

"Perlawanan ini penting untuk PKNP FC bagi saingan Liga Super 2019. Bagi saya hanya kemenangan akan menjamin PKNP FC kekal dlm saingan Liga Super musim depan dan seterusnya bersaing dalam Piala Malaysia.

"Lagi pun ia adalah saranan Presiden PKNP FC sendiri dan diharapkan kesemua pemain dapat bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk kejayaan pasukan," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Malam ni jatuh, esok letak jawatan!'

Untuk rekod, PKNP FC kini berada pada kedudukan ke-10 Liga Super dengan 16 mata hasil tiga kemenangan, seri tujuh kali dan tewas 11 kali setakat ini.

Sementara itu Abu Bakar berkata, persiapan pasukan berjalan lancar dan kesebelasan dilihat bersedia untuk mengharungi perlawanan malam ini.

Malah katanya, kesemua pemain utama bebas daripada pergantungan kecuali Sukri Hamid yang akan menjalani pembedahan selain Fazrul Hazli (Kadri) yang masih mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik kerana semua pasukan dilihat masih mempunyai peluang termasuklah Felda United dan Kuala Lumpur," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!