Remaja Texas meludah dalam botol air di pasar raya ditahan
TEXAS - Seorang remaja di Texas, Amerika Syarikat ditahan awal minggu ini selepas didakwa meludah dalam botol minuman jenama Arizona Iced Tea di sebuah pasar raya dan meletakkannya kembali di rak.
Polis berkata, remaja lelaki berusia 15 tahun terbabit mengakui perbuatannya kepada pihak Albertsons Market di Odessa, di mana kejadian berlaku setelah tingkah lakunya itu dirakam kamera pengawasan.
Remaja berkenaan memberitahu polis dia meludah kembali minuman tersebut kerana rasanya yang 'menjijikkan'.
Akibat perbuatannya, remaja terbabit didakwa mencemarkan produk pengguna dan dihantar ke sebuah pusat tahanan juvana di Odessa.
Pada 28 Jun lalu, seorang wanita diberi nama jolokan 'Lufkin Licker' dirakam menjilat sebekas aiskrim sebelum meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk di sebuah pasar raya juga di Texas.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!