Galak swasta bantu pusat tahfiz: Maszlee
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, keperluan tersebut amat penting demi masa depan para pelajar yang belajar di situ.
Menurutnya, ini kerana bidang matematik, sains dan teknologi, rekabentuk dan penguatkuasaan teknologi amat penting dikuasai.
"Saya menggalakkan pihak swasta untuk bersama pusat tahfiz melengkapkan para pelajar dengan segala ilmu.
"Tujuannya adalah untuk memastikan para pelajar tahfiz tidak ketinggalan selain kemahiran itu juga merupakan persiapan mereka di alam pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Cabaran Inovatif Tun Fatimah di Dewan Bestari Sekolah Tun Fatimah (STF), di sini hari ini.
Pada pertandingan berkenaan, STF muncul juara keseluruhan.
Sementara itu, dalam ucapannya, Maszlee berkata, melalui aktiviti pengaturcaraan dan pembangunan robotik yang diadakan ini dapat memupuk nilai kasih sayang, optimis, dinamik dan berdaya saing tinggi di kalangan pelajar.
"Melalui bidang ini juga dapat melahirkan pelajar yang sangat teliti, mempunyai komitmen yang tinggi dan sikap sabar yang terpuji dalam menyelesaikan sesuatu masalah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!