Rezeki anak, Amaris meniaga kuih tart

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Putra Amaris, 33, memberitahu, dapat membuka satu lagi perniagaan makanan menjual kuih tart adalah satu rezeki anak.

Jelas Amran Ismail atau lebih dikenali Putra Amaris, jualan kuih tart bermula sejak Ramadan lalu ketika terlibat dengan Star Vendors.

“Selepas melihat sambutan menggalakkan saya rasa ini satu lagi peluang baharu untuk saya pegang dan boleh saya katakan ini adalah rezeki anak, syukur alhamdulillah.

“Malah modal pun tak besar, dalam RM5,000 sudah boleh mulakan perniagaan,” katanya ketika ditemui di ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Taman Setiawangsa petang tadi.

No Image Caption

Kata Amaris, dia turut membuka peluang kepada sesiapa yang mahu mulakan perniagaan kuih tart dan boleh hubungi dia menerusi Instagram.

Mengenai pemilihan lokasi, pelakon itu percaya dengan waktu operasi ST Rosyam Mart 24 jam dapat menarik pelanggan untuk mendapatkan kuihnya.

“Pemilihan ini saya rasa kerana tempatnya cantik dan kemudahan larkir pun senang. Dikesempatan ini saya berterima kasih kepada Datuk Rosyam sebab bagi peluang pada saya,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!