'Azmin jangan melenting, terima teguran Anwar'

Ahmad Nizam
Ahmad Nizam
A
A
A

TEMERLOH - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seharusnya tidak mudah melenting, sebaliknya perlu tenang dengan teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR negeri, Ahmad Nizam Hamid berkata, Anwar sebagai presiden mempunyai hak dalam memberikan teguran kepada ahli-ahli parti.

Menurutnya, Azmin tidak boleh mudah melatah selaras dengan moto yang digunakan 'kekal tenang' dalam pertandingan pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Teguran Anwar hari itu sebenarnya diberikan dalam bahasa yang cukup mudah, semua orang faham, budak tadika pun boleh faham. Bukan dia kata sekarang kamu kena letak jawatan, dia kata kalau (didapati bersalah) dan itu benda yang paling baik dan mulia yang boleh dilakukan dalam amalan politik yang baik.

"Namun yang kita tidak faham apabila timbalan presiden sendiri melenting sebegitu rupa, suruh bercermin dan sebagainya. Itu keterlaluan dan bukan budaya Melayu itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berharap segala kemelut dan masalah yang berlaku diselesaikan dalam keadaan harmoni dan mengamalkan perbincangan secara tertutup selaras dengan hasrat pimpinan tertinggi parti itu.

"Tetapi kini ada yang melenting dan keluar kenyataan mengecam presiden parti, jadi apa contoh yang kita hendak tunjukkan kepada anggota parti lain dan kepada masyarakat," katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Nizam turut meminta semua pihak menghormati dan memberikan kerjasama kepada polis bagi melakukan siasatan dalam isu tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun saya berharap siasatan dilakukan dengan telus dan profesional serta tidak menyembunyikan apa-apa perkara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video intim: Azmin suruh Anwar tengok cermin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!