Final Shopee Piala FA 2019: Perak sudah sedia

Kesebelasan Perak menandatangani jersi penyokong sempena program berkenaan.
Kesebelasan Perak menandatangani jersi penyokong sempena program berkenaan.
A
A
A

IPOH - Kesebelasan Perak dilihat sudah bersedia untuk mengharung aksi getir berdepan Kedah pada final Shopee Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 27 Julai ini.

Kapten Perak Shahrul Mohd Saad berkata, setakat ini persiapan pasukan berjalan lancar dan setiap pemain dilihat berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan sedia ada menjelang aksi final berkenaan.

Menurutnya, keputusan lalu antara kedua-dua pasukan tidak boleh dijadikan ukuran kerana kali ini saingannya sama sekali berbeza.

"Kita seri di Ipoh tetapi kalah di tempat lawan baru-baru ini dalam saingan Liga Super, namun perlawanan kali ini penting dan pemain dilihat telah bersedia.

"Lagipun dulu abang saya (Syamsul Saad) pernah membantu Perak untuk muncul juara Piala FA 2004 dan saya sangat berharap dapat bawa pulang Piala FA sekali lagi ke Perak," katanya pada sidang media sempena Program Meet And Greet di Al-Ikhsan, Ipoh Parade hari ini.

Sementara itu seorang lagi pemain Perak, Brendan Gan menyifatkan Kedah sebagai sebuah pasukan yang baik kerana telah muncul juara Piala FA beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan pemain skuad The Bos Gaurus itu pasti akan beraksi sebaik mungkin dalam usaha mencatatkan kejayaan yang diidam-idamkan.

"Di atas kertas, Perak boleh dilabel selaku pasukan 'underdog,' namun semua pemain pasti akan berusaha sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan.

Artikel Berkaitan:

"Semua penyokong juga diharapkan dapat hadir dan memberikan sokongan padu kepada kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!