Pereka Menara Kembar KLCC meninggal di usia 92
KUALA LUMPUR - Pereka menara kembar Petronas ikonik di Malaysia, César Pelli meninggal dunia pada usia 92 tahun pada Jumaat.
Menurut BBC News, kematian Pelli seorang warga Argentina, dilaporkan oleh gabenor wilayah Tucuman Argentina, Juan Manzur.
Arkitek itu membesar di wilayah Tucuman.
"Dengan penuh kesedihan kami menerima berita kematian arkitek agung César Pelli.
"Saya ingin menyampaikan takziah kepada keluarga, rakan dan pasukan mendiang. Tidak diragukan bahawa beliau seorang pencipta dan warisannya akan kekal wujud dalam setiap karyanya,” menurut Maznur dalam kiriman di Twitternya. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!