Pemilihan jawatan Bersatu mungkin tahun ini atau sebelum Jun 2020

Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

SERDANG - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat kemungkinan pemilihan jawatan dalam parti itu, yang akan diadakan buat kali pertama, akan berlangsung tahun ini.

"Kami belum menetapkan tarikh, bagaimanapun kami berharap dapat mengadakannya tahun ini,” kata perdana menteri pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Pada 27 Jun lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata pemilihan parti perlu diadakan secepat mungkin memandangkan kepimpinan yang ada sekarang terdiri daripada mereka yang dilantik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menjelaskan berikutan kelulusan daripada EGM hari ini, penangguhan pemilihan parti dibenarkan sehingga tempoh 18 bulan dari tarikh ia sepatutnya diadakan.

Mukhriz berkata majlis tertinggi akan menetapkan sebab bagi penangguhan pemilihan itu sama ada 18 bulan atau enam bulan.

"Ada perkara tertentu yang kami perlu lakukan sebelum mengadakan pemilihan parti, misalnya membersihkan senarai keanggotaan.

"Jadi, jika kami dapat menyelesaikannya tahun ini, kami boleh mengadakannya (pemilihan) sebelum hujung tahun ini. Saya perlu mengemukakan laporan kepada majlis tertinggi sebelum hujung tahun ini. Jika parti menyasarkan tahun depan, ia tidak boleh melepasi Jun 2020,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!