Denggi di Kelantan membimbangkan

Dr Zaini (dua dari kanan) melepaskan peserta Kayuhan Sihat Kelantan-Terengganu hari ini.
Dr Zaini (dua dari kanan) melepaskan peserta Kayuhan Sihat Kelantan-Terengganu hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Wabak denggi di Kelantan mencapai tahap membimbangkan dengan 2,030 kes dari Januari hingga 13 Julai tahun ini berbanding 518 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah tersebut, tiga menyebabkan kematian iaitu dua di Kota Bharu dan satu di Bachok.

Katanya, Kota Bharu mencatat kes tertinggi di Kelantan iaitu 730 kes diikuti Tumpat 273 kes dan Bachok 156 kes.

"Penularan wabak berpunca daripada keadaan cuaca yang tidak menentu selain faktor kegagalan menjaga kebersihan persekitaran.

"Keadaan dijangka bertambah buruk pada musim perayaan Aidiladha nanti apabila jumlah penduduk meningkat apabila perantau pulang ke kampung masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kayuhan Sihat Kelantan-Terengganu di Hospital Tengku Anis di sini hari ini.

Dr Zaini berkata, Hospital Raja Perempuah Zainab II Kota Bharu tidak boleh lagi menerima pesakit baharu memandangkan wad khas yang dibuka untuk kes denggi sudah penuh.

Katanya, pesakit baharu akan ditempatkan di hospital berdekatan kecuali kes kritikal.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan menguatkuasakan undang-undnag sedia ada dengan mengenakan kompaun sehingga RM500 jika didapati gagal menjadikan kawasan sekeliling rumah bebas sarang nyamuk aedes," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!