Yeop harap kesebelasan terbaik bertemu Kedah
Ketua jurulatihnya, Mehmed Durakovic berkata, kesemua pemain diharap cergas menjelang aksi final edisi ke-30 itu.
Selain itu menurut Durakovic, pemain-pemain turut diharap tidak mengalami sebarang masalah penggantungan perlawanan.
"Kita harapkan agar tidak ada pemain kita yang cedera atau menjalani penggantungan perlawanan nanti.
"Lawan kita, Kedah adalah pasukan yang bagus, namun kita juga pasukan yang baik.
"Oleh itu, besar kemungkinannya kita akan disajikan dengan satu aksi final yang menarik," katanya.
Durakovic berkata demikian pada sidang media sempena Program Meet And Greet di Al-Ikhsan, Ipoh Parade hari ini.
Sementara itu, Durakovic mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Perak pada aksi final kelak.
"Kepada semua penyokong, teruskan sokongan anda kepada kami.
"Semoga pasukan terbaik akan memenangi perlawanan ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!