Azmin tak hadir Temurapat PKR di Port Dickson?
PORT DICKSON - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum menghadiri hari kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Port Dickson malam ini.
Setakat jam 9.30 malam, kelibat Ahli Parlimen Gombak itu masih belum kelihatan sedangkan beliau dijadual menyampaikan ucapan dalam majlis pada malam ini.
Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan beliau dan menyampaikan ucapan penutup di hadapan anggota parti.
Begitupun, media yang berkumpul dari pagi di Port Dickson masih menantikan kehadiran beliau meskipun setiausaha politiknya, Hilman Idham mengesahkan Mohamed Azmin tidak akan hadir.
Ketika ditanya sebab Azmin tidak hadir, Hilman bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas.
ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tidak hadir bukan urusan saya, kata Tun M
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!