Haramkan segera gula-gula berasap

Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan murid sedang seronok menghisap gula-gula yang mengeluarkan asap di Pekan Papar, Sabah.
Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan murid sedang seronok menghisap gula-gula yang mengeluarkan asap di Pekan Papar, Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menggesa tindakan segera diambil​ termasuk mengharamkan penjualan sejenis gula-gula dikenali sebagai 'smoke candy' dan 'ghost candy' yang dilihat memberi impak negatif khususnya kepada murid-murid sekolah​.

Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, penjualan gula-gula yang mampu mengeluarkan asap itu cukup membimbangkan kerana ia mampu mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak untuk bertindak lebih berani iaitu mencuba menghisap rokok.

​Beliau berkata, p​ihak berwajib perlu membuat siasatan dan​ penguatkuasaan yang lebih ketat ​juga harus dilakukan bagi memastikan gula-gula tersebut ditarik balik daripada pasaran.

​Katanya, tindakan pengeluar ​​dan pihak yang menjual gula-gula seumpama ini secara terbuka di pasaran dengan menjadikan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sebagai sasaran amat dikesali.

"Murid-murid mudah terikut-ikut dengan sesuatu benda yang baharu di pasaran tanpa mengetahui kesan buruk akibatnya terhadap kesihatan.

​"Walaupun belum ada kajian dilakukan ​terhadap ​kesan dan akibat buruk pengambilan gula-gula ​itu​, ia wajar ditarik balik dan diharamkan penjualannya​. Penjualannya​ ​seolah-olah memberikan satu galakan atau pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk berjinak-jinak dengan rokok,​" ​katanya​ dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ​sesuatu perlu dilakukan segera ​bagi memastikan gejala tidak sihat ini daripada terus menular dalam kalangan kanak-kanak terutama​nya​ ketika pihak kerajaan berusaha keras mewujudkan zon bebas rokok di seluruh negara​.

​Terdahulu, tular sebuah ​video berdurasi 53 saat yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di Pekan Papar, Sabah menghisap gula-gula itu​ sehingga​ mencetuskan kebimbangan kerana dikhuatiri boleh mendorong mereka terdedah kepada tabiat merokok di usia muda.​

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Halim berkata, ibu bapa juga dinasihatkan untuk memberikan lebih perhatian kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka​ terjebak di dalam aktiviti tidak bermanfaat ini.​

"Mereka perlu buat pantauan kerana penjualan gula-gula itu kini semakin mendapat perhatian​...​ khabarnya kanak-kanak di ​p​ekan Papar lebih rela menghabiskan duit be​l​anja harian mereka untuk membeli gula-gula tersebut daripada membeli makanan yang berkhasiat​," katanya.​

​Sebelum ini juga turut tular video ​berdurasi 30 saat ​​di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai berusia belasan tahun menggunakan​ rokok elektronik ​(vape​)​ yang pada asalnya berbentuk seperti jam tangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!