Aktor popular HK, Simon Yam cedera ditikam

Simon Yam ditikam di bahagian perut selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tangannya.
Simon Yam ditikam di bahagian perut selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tangannya.
A
A
A

PELAKON popular Hong Kong, Simon Yam cedera ditikam penyerang tidak dikenali pada satu majlis promosi di China semalam.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami aktor itu tidak mengancam nyawa, lapor media.

Video yang disiarkan di perkhidmatan Weibo menunjukkan lelaki memakai ves hitam meluru ke atas pentas dan menyerang Simon dengan pisau.

Kejadian berlaku di bandar raya Zhongshan di wilayah Guangdong.

Menurut pengurusnya, pelakon berusia 64 tahun itu ditikam di bahagian perut selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tangannya.

Penyerang itu berjaya ditangkap dan dibawa pihak berkuasa meninggalkan lokasi itu.

Media tempatan juga melaporkan bahawa pelakon tersebut masih sedar selepas ditikam.

Difahamkan keadaannya kini stabil.

Artikel Berkaitan:

Simon mendapat pujian bagi peranannya dalam filem jenayah Hong Kong, Contact pada 1992 dan membuat penampilan pertamanya di Hollywood menerusi filem Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life pada 2003. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!