PH gagal pulihkan negara

Ahmad ketika berucap di ceramah perpaduan ummah di Dewan Command Centre Gurun semalam.
Ahmad ketika berucap di ceramah perpaduan ummah di Dewan Command Centre Gurun semalam.
A
A
A

GURUN - Kerjasama antara Pas dan UMNO penting bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila dilihat gagal memulihkan negara selepas dipilih rakyat.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, peluang yang diberikan rakyat untuk PH menjadikan negara ini sebagai Malaysia Baharu dilihat tidak kesampaian malah semakin banyak isu lain yang timbul.

"Pemerintahan PH sekarang ini dilihat banyak menimbulkan isu-isu yang tidak wajar dan keadaan ini sangat membimbangkan terutama yang melibatkan masalah perkauman.

"Ia ditambah lagi dengan pergaduhan terbuka sesama pemimpin atasan yang dilihat semakin meruncing. Ini adalah contoh yang tidak sihat untuk rakyat kerana mereka sering menilai apa yang dilakukan oleh pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di ceramah perpaduan ummah di Dewan Command Centre Gurun semalam.

Oleh demikian, Ahmad berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO sangat penting agar kerajaan PH tidak lagi menjadi pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!