KJ bahan Guan Eng
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengusik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana 'menganugerahkan' gelaran datuk kepadanya.
Menerusi ciapan terbaharunya, Khairy Jamaluddin yang mesra disapa KJ mengucapkan terima kasih kepada Guan Eng atas gelaran itu.
"Terima kasih @guanenglim kerana mengurniakan darjah kebesaran kepada saya yang membawa gelaran “Datuk”. Nanti PM detail upacara istiadat," katanya.
Terdahulu pasukan media Guan Eng mengedarkan kenyataan media berhubung harga runcit petrol sebelum menyedari kesilapan itu di muka surat empat selepas ditegur oleh salah seorang pengamal media.
Mereka kemudiannya membuat pembetulan dengan membuang gelaran datuk itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!