Polis cari saksi kemalangan maut

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

KLANG – Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menghala ke Klang, kira-kira jam 7.17 pagi tadi.

Menurut jurucakap polis, mangsa, M. Sashi Kumar, 18, beralamat di Lorong Seri Inderapura 24, Perumahan Seri Inderapura KM15, Jalan Kuantan Pekan, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Shah Alam menghala ke Klang. "Tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti.

"Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala motosikal mangsa dipercayai telah dialihkan," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!