Dua kanak-kanak, pemandu Toyota Vios dicari

Gambar video tular menunjukkan dua kanak-kanak meniarap di belakang kereta dipercayai berlaku sekitar Pasir Gudang.
Gambar video tular menunjukkan dua kanak-kanak meniarap di belakang kereta dipercayai berlaku sekitar Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak berserta pemandu kereta jenis Toyota Vios sedang dikesan polis susulan penularan video kanak-kanak meniarap di belakang kereta yang sedang bergerak dipercayai di sekitar Pasir Gudang.

Kesemua mereka sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung penularan video terbabit di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu kira-kira jam 12.43 tengah hari selepas video itu tular di Facebook.

“Menerusi video terbabit, kita dapati perbuatan duduk di atas bonet belakang ketika kenderaan terbabit sedang bergerak dan melanggar isyarat lampu merah boleh membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

“Kejadian terbabit dipercayai berlaku di kawasan Pasir Gudang dan polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti pemilik serta pemandu kenderaan selain kanak-kanak terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ismail berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Saya memohon kerjasama kepada orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!