Terima berita sedih ketika ziarah kematian jiran

Wan Ibrahim (depan, kanan) diziarahi ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim (kiri) malam tadi.
Wan Ibrahim (depan, kanan) diziarahi ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim (kiri) malam tadi.
A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMASKINI] Bapa mangsa runtuhan dan renjatan elektrik menerima berita kematian anaknya ketika menziarahi kematian jiran, petang tadi.

Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, kira-kira jam 5.30 petang tadi, dia tergamam apabila anak bongsunya, Wan Hanif, 17, memberitahu berita tersebut.

Katanya, kali terakhir dia melihat Allahyarham Wan Hasheliza, 29, awal bulan ini ketika anak kedua dari lima beradik itu pulang untuk solat hajat keselamatan kandungannya.

Wan Ibrahim
Wan Ibrahim

"Memang terkejut dengan berita ini tapi keluarga menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Sepulau malam tadi.

Menurutnya, isterinya, Zawiyah Hassan, 50, yang berada di Johor mengetahui berita itu selepas beberapa kali panggilan ke telefon Wan Hasheliza tidak berjawab.

"Akhirnya ada orang jawab panggilan dan beritahu dia (Wan Hasheliza) sudah meninggal dunia," katanya.

Wan Ibrahim berkata, dia meminta kebenaran keluarga menantunya untuk mengebumikan kedua-duanya di Tanah Perkuburan Kampung Sepulau.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil maut dihempap tangga rumah

Tragedi tangga runtuh: Mangsa tak sabar tunggu cahaya mata sulung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!