Malaysia sebagai hab kripto Asean

A
A
A

WILD West atau Wall Street? Ia menjadi tanda tanya mengenai harga bitcoin pada masa hadapan.

Bergantung kepada sumber mana ingin dipercayai sama ada spekulatif terbaru yang akan berakhir dengan air mata ataupun mata wang yang akan menjadi pilihan pada kemudian hari.

Pandangan pakar bagi kedua-dua sumber itu dilihat samar atau tiada kepakaran kewangan.

Gelombang pertama para pelabur ke arah aset terbaru itu mempunyai persamaan dengan pencari gali emas berbanding pelabur stok dan bon dan ketidakstabilan yang menyusul menguatkan persepsi orang awam terhadap mata wang kripto sebagai lebih banyak Wild West, dan kurang Wall Street.

Sama seperti kebanyakan benda baharu iaitu komputer peribadi, telefon mudah alih, internet, perubahan sebenar adalah cara dialog awam. Ketika orang awam masih cuba mentakrifkan blokchains, Uber Geeks telah memasuki sidechains dan graf acyclical dan pihak bertanggungjawab sepatutnya berwaspada mengenai kedudukan mereka dalam hierarki.

Tidak boleh dilupakan peristiwa pada Ogos 2018, pengumuman daripada operator Intercontinental Exchange (ICE), New York Stock Exchange, mengenai pelancaran pertukaran aset digital global yang dinamakan Bakkt menjadi peristiwa penting kepada pembukaan pintu modal institusi ke dalam mata wang kripto, berkesan menghentikan salah satu perdebatan iaitu sama ada nilai mata wang kripto naik atau turun, jumlahnya meningkat secara eksponen walaupun untuk seketika.

Syarikat korporat bulge bracket seperti Starbucks dan Microsoft menguatkan jaminan pinjaman kepada platform Bakkt dengan membenarkan pelanggannya membayar barangan dan perkhidmatan mereka menggunakan mata wang digital.

Pada masa yang sama, dengan meningkatkan piawaian kecekapan, keselamatan, penjagaan dan penyelesaian ia membuka ruang untuk institusi, peniaga dan penyertaan para pelanggan ke dalam pasaran aset digital.

Artikel Berkaitan:

Secara mudahnya, tanpa mengira pandangan anda mengenai nilai syiling, jumlah mata wang digital itu melonjak naik.

Keperluan pasaran

Malaysia mempunyai kedudukan yang unik untuk terlibat sama. Seperti kesemua teknologi baharu, pelabur yang ada di pasaran sekarang bermotivasi untuk mengekalkan status quo dan melindungi aset mereka yang sedia ada.

Mata wang kripto dilihat betul atau salah sebagai ancaman kepada perkhidmatan perbankan dan kewangan di mana aktiviti perdagangan, pensekuritian dan pengurusan aset diuruskan melalui pertukaran mata wang utama.

Di Asia, ia bermakna pusat kewangan terkemuka di Hong Kong, Singapura, Tokyo dan Shanghai kesemuanya berpandangan tsunami yang mendatang itu dipenuhi emosi yang meliputi kebimbangan kepada amaran dan menjadi perlahan untuk memimpin peralihan perdagangan dari cara sedia ada ke kawasan baharu yang belum dicartakan.

Pasaran kewangan Kuala Lumpur jauh lebih kecil dan Ringgit Malaysia (RM) bukannya pilihan pertama bagi perdagangan antarabangsa. Namun, Malaysia mempunyai bank-bank terkemuka di Asean (Maybank dan CIMB) dan infrastruktur komersial bertaraf antarabangsa.

Dengan sokongan pengawalseliaan yang betul, Malaysia boleh muncul sebagai pemimpin hab utama untuk inovasi aset digital di Asia seperti Zurich yang menerajui benua Eropah.

Bank-bank di Malaysia sudah menikmati kedudukan teratas dalam Asean yang merupakan blok ekonomi paling pesat berkembang di dunia merangkumi 550 juta orang dengan KDNK berkembang lebih lima peratus setiap tahun.

Walaupun platform mata wang kripto sebahagian besarnya berada di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, sejumlah 70 peratus aliran modal ke aset digital sebenarnya mengalir daripada Asia menjadikan Crypto Currency Exchange (CCX) di rantau ini tidak dapat dielakkan. Sementara itu, Singapura dan Hong Kong, kedua-duanya menyekat ICO dan crypto-exchange.

Akhir sekali, jangan lupa mengenai Tun Razak Exchange iaitu projek gajah putih seluas 70 hektar di tengah bandar Kuala Lumpur yang masih memerlukan pasaran kewangan generasi akan datang untuk mengisi bangunan pencakar langit itu dan membawa masuk pekerja-pekerja profesional agar projek itu tidak menjadi satu lagi masalah yang diwarisi daripada kerajaan dahulu. CCX di TRX sedap bunyinya bukan?*

Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!