PATI leka berhibur dicekup polis

Warga asing yang diperiksa dan ditahan dalam Op Hiburan IPD Serdang, di sebuah pusat hiburan keluarga di sini lewat malam tadi.
Warga asing yang diperiksa dan ditahan dalam Op Hiburan IPD Serdang, di sebuah pusat hiburan keluarga di sini lewat malam tadi.
A
A
A

PUCHONG - Tidak padan dengan status diri bergelar pendatang asing tanpa izin (PATI), 59 warga Indonesia dicekup leka berhibur sambil terjebak dengan penyalahgunaan dadah, di sebuah pusat hiburan keluarga di sini lewat malam tadi.

Mereka antara 84 warga asing yang diperiksa dan ditahan dalam Op Hiburan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di premis terbabit.

Turut ditahan dalam serbuan itu empat lelaki warga tempatan untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah sebelum menyerbu sebuah bilik di premis terbabit malam tadi.

Menurutnya, ketika serbuan kesemua suspek dalam keadaan leka dan khayal dengan muzik yang kuat serta tidak menyedari kehadiran pihak polis

"Hasil serbuan seramai 88 pengunjung termasuk 59 lelaki warga Indonesia, 29 (wanita Indonesia) dan empat lelaki warga tempatan diperiksa dan ditahan. Pemeriksaan lanjut dapati 59 warga asing ini didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 18 dan 50 tahun dan rata-rata mereka bekerja sebagai buruh, pekerja kilang dan juga sebagai tukang cuci," katanya.

Beliau berkata, turut ditemui ketika serbuan dua paket serbuk kristal dipercayai dadah jenis Ketamin seberat 2.09 gram dan 11 biji pil ecstacy seberat 4.0 gram.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya percaya pengunjung dalam kalangan warga asing terbabit cuba mengaburi pandangan pihak berkuasa dengan menggunakan pusat hiburan keluarga sebagai tempat berhibur sambil menggunakan dadah.

"Bagaimanapun aktiviti mereka terbongkar apabila orang awam segera menyalurkan maklumat kepada polis berhubung kegiatan itu.

"Semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!