Pejalan kaki maut dilanggar lari

Lelaki berusia 50 tahun itu dilanggar lari ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah.
Lelaki berusia 50 tahun itu dilanggar lari ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut ketika melintas jalan selepas dilanggar lari sebuah kenderaan di Kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, jam 4.15 pagi tadi.

Perlanggaran menyebabkan mangsa berusia 50 tahun itu tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian berdekatan susur keluar Rawang Bypass hala ke Serendah.

Menurutnya, tiada butiran lanjut mengenai kenderaan terlibat dan tiada pengenalan diri mangsa namun dikenal pasti beralamat di Taman Sri Pinang.

"Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki dari arah Rawang balik ke rumah di Serendah.

"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!