Pekerja kedai makan simpan 64 botol air ketum

Polis merampas 64 botol yang mengandungi air ketum dalam serbuan rumah yang didiami pekerja kedai makan di Taman Bernam, semalam.
Polis merampas 64 botol yang mengandungi air ketum dalam serbuan rumah yang didiami pekerja kedai makan di Taman Bernam, semalam.
A
A
A

TANJUNG MALIM - [DIKEMASKINI] Polis menahan seorang lelaki dan merampas 64 botol mengandungi 88.75 liter air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bernam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang bekerja di sebuah kedai makan itu ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Muallim.

“Hasil pemeriksaan menemui enam bekas polistren putih yang mengandungi botol-botol plastik minuman berisi cecair hijau dipercayai ketum.

“Polis merampas 35 botol dengan isipadu 1.5 liter setiap satu dan 29 botol mengandungi 1.25 liter yang dianggarkan bernilai RM640 yang sedia untuk dijual,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 47 tahun yang berasal dari Merbok, Kedah itu tidak mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah.

“Hasil siasatan mendapati suspek memperoleh bekalan ketum sebanyak 10kg setiap bulan daripada dari seorang lelaki di Teluk Intan.

“Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 dan penjara empat tahun, jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!