Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan

Kapal tangki yang berjaya ditahan Maritim Malaysia ZMTS kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.
Kapal tangki yang berjaya ditahan Maritim Malaysia ZMTS kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah kapal tangki berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Port Klang itu ditahan kapal peronda maritim pada kedudukan 3.8 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop.

Menurutnya, penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh.

"Kapal tersebut dikendalikan 11 kru termasuk nakhoda berusia 25 hingga 69 tahun terdiri daripada warga Indonesia.

"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B (1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran.

"Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, maritim sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Johor Timur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!