Kalau tak nak anak tu, carilah Abby Abadi

Pelakon, Abby Abadi
Pelakon, Abby Abadi
A
A
A

PELAKON, Abby Abadi tampil menzahirkan rasa kehibaan berhubung kes penemuan seorang bayi ditinggalkan didalam sebuah kotak sebentar tadi di Surau Al-Ittifaq Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.

Abby, berkata, dia terbuka untuk menerima bayi dan bersedia untuk memberikan kehidupan yang sebaiknya.

"Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby sahabat. Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu bapa yang sudi nak menjaga dia, kenapa buang macam ni?

"Tolong adik kakak, makcik... kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi.

"Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga. Pleaseee!" coret ibu kepada tiga orang anak.

Untuk makluman, Abby mempunyai dua orang anak angkat yang masih kecil iaitu, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!