Menangis sampai lebam: Suami Mila Jirin beri kesedaran
PENYANYI, Mila Jirin, berkata, suaminya, Isz Mustapha telah menyedarkan dirinya berkenaan sambutan majlis hari lahir, baru-baru ini.
"Suami saya beritahu saya satu perkara dan buatkan saya tersedar.
"Bukan majlis gilang gemilang untuk sambut ulangtahun yang kita nak adakan, tetapi mohon doa dan panjatkan kesyukuran pada ALLAH di atas semua nikmat yang dipinjamkan."
"saya menangis lagi, Benar! Nikmat ALLAH yang mana nak kita dustakan. Terkadang diri ini terlalu terikut budaya dan style orang zaman sekarang.
"Sambutan gilang gemilang hingga lupa panjatkan kesyukuran. Allahu menitik air mata sampai lebam mata," luah Mila yang kini berusia 31 tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!