Polis nafi video kemalangan tular berlaku di Gerik

Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan kemalangan membabitkan empat lori, dua bas dan sebuah kereta yang remuk di beberapa bahagian.
Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan kemalangan membabitkan empat lori, dua bas dan sebuah kereta yang remuk di beberapa bahagian.
A
A
A

GERIK - Polis menafikan video yang memaparkan kemalangan membabitkan beberapa bas, lori dan kereta yang tular di media sosial hari ini berlaku di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, hasil penelitian mendapati video kemalangan itu dipercayai berlaku di luar negara.

“Kami tidak menerima apa-apa maklumat berlakunya kemalangan di Gerik setakat ini.

“Berdasarkan video itu, kejadian ini bukan berlaku di sini dengan melihat bentuk jalan, kenderaan yang terlibat serta dialek percakapan perakam video berkenaan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih itu.

Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan kemalangan membabitkan empat lori, dua bas dan sebuah kereta yang remuk di beberapa bahagian.

Terdapat seorang lelaki masih tersepit di tempat duduk pemandu selain pelbagai muatan lori bertaburan di atas jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!