MATTA Fair 2019 tawar pakej menarik

Sugoomahran (empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa MATTA Perak pada sidang media hari ini.
Sugoomahran (empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa MATTA Perak pada sidang media hari ini.
A
A
A

PAMERAN Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA FAIR) 2019 yang akan diadakan selama tiga hari bermula 6 September depan dijangka akan menarik lebih 33,000 pengunjung ke Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini.

Timbalan Pengerusi MATTA Perak, K Sugoomahran berkata penganjuran yang memasuki edisi ke-28 itu menawarkan pelbagai promosi pelancongan menarik termasuk pakej umrah dengan menyasarkan jualan pakej sebanyak RM45 juta.

Menurutnya, sebanyak 149 ruang pameran yang menempatkan pemain industri pelancongan akan berada sepanjang pameran itu berlangsung sehingga 8 September 2019.

"Setakat ini kita telah menjual 114 ruang pameran dan ia masih dibuka kepada pemain industri pelancongan sehingga 1 Ogos ini.

"Selain itu, sebanyak satu pavilion yang bakal menempatkan kira-kira 10 agensi pelancongan haji dan umrah akan turut menawarkan tawaran istimewa kepada pengunjung,” katanya yang mewakili Pengerusi MATTA Perak, Chong Yu Ken dalam sidang media, di sini hari ini.

Sugoomahran berkata, MATTA Fair akan bekerjasama dengan organisasi pelancongan Perak dalam menyediakan pelbagai pilihan dan pakej berpatutan di dalam dan luar negara.

"Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi, Pahang; Sipadan, Sabah antara kawasan pelancongan pilihan domestik tempatan manakala, Thailand, Hong Kong, Kemboja, Indonesia merupakan negara pilihan pelancongan di luar negara.

"Pengunjung yang hadir berpeluang untuk merasai cabutan bertuah yang turut menawarkan tiket penerbangan, baucar hotel dan tiket ke taman tema dalam negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!