JPN Kelantan nafi remaja pijak al-Quran pelajar di Kusial

Abu Hanipah @ Fauzi Zahari
Abu Hanipah @ Fauzi Zahari
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menafikan dakwaan bahawa seorang remaja perempuan yang memijak senaskhah al-Quran dan videonya tular di media sosial Khamis lalu adalah pelajar sekolah di Kusial, Tanah Merah.

Pengarahnya, Abu Hanipah @ Fauzi Zahari berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati remaja berkenaan tidak bersekolah di sekolah menengah di negeri ini.

“Ada yang kata remaja ini sekolah di Kusial, Tanah Merah tapi selepas disiasat ia tidak benar.

“Kami dimaklumkan dia remaja orang kurang upaya atau lembam, cuma kita belum dapat maklumat lengkap,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abu Hanipah berkata, pihaknya akan menyiasat punca tindakan biadab itu dilakukan kumpulan remaja berkenaan dan akan mengatur tindakan seterusnya selepas maklumat diperoleh.

Sebuah rakaman tular berdurasi tiga minit 13 saat di Facebook itu memaparkan remaja tersebut memijak al-Quran yang terbuka sambil dirakam individu lain dan disaksikan dua lagi remaja perempuan sejak Khamis lalu.

Dalam paparan video itu, remaja itu disoal sekumpulan remaja perempuan berhubung berbuatan zina dan memintanya membuat pengakuan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Susulan video tular itu, empat remaja perempuan berkenaan ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Abu Hanipah berkata, Jabatan Pendidikan Kelantan akan menggerakkan sesi bimbingan dan kaunseling di seluruh sekolah di negeri ini.

Katanya, sesi bimbingan ini akan diberi mengikut aspek yang diperlukan atau isu yang dibangkitkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pijak al-Quran: Empat remaja perempuan ditahan

Reman suspek pijak Quran disambung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!