Awas pemandu guna telefon bimbit
Antara faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pemandu bas ekspres mengunakan telefon bimbit ketika memandu
Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, angka itu membimbangkan apatah lagi salah satu faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu bas ekspres menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Malah, beliau percaya masih ramai pemandu bas ekspres yang masih degil dan terus menggunakan telefon bimbit ketika memandu terutama apabila JPJ tidak menjalankan operasi.
"Untuk mengesan pemandu bas ekspres menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah sangat sukar kerana penguat kuasa kita perlu duduk di depan dan mengelakkan dikesan oleh pemandu bas ketika merakam tindak-tanduk mereka yang menggunakan telefon bimbit itu.
"Sebab itu ia agak sukar sedikit. Sebelum ini ada kes pemandu yang tidak mengaku mereka melakukan kesalahan tersebut dan mencabarnya di mahkamah. Sebab itu sebarang rakaman perlu untuk dijadikan bukti," katanya.
JPJ Selangor mengadakan operasi penyamaran dalam bas ekspres selama dua hari bermula 19 Disember lalu.
Namun, kata Nazli, JPJ akan terus melakukan operasi bagi memastikan pemandu bas ekspres tidak melakukan kesalahan terutama menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
"Dalam operasi dua hari itu, pada hari kedua iaitu 20 Disember, jumlah kesalahan direkodkan sedikit turun berbanding hari pertama kerana pemandu sudah mengetahui JPJ sedang melakukan operasi dan mereka memandu dengan berhati-hati.
"Saya yakin, jika operasi dijalankan secara berterusan selama sebulan contohnya, tiada lagi kesalahan dilakukan pemandu bas ekspres. Kita akan cuba melaksanakan operasi sebegitu nanti," katanya.
Mengulas mengenai cadangan untuk mewajibkan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam setiap bas, beliau berkata, cadangan itu agak sukar untuk dilaksanakan kerana perlu mengambil kira banyak perkara.
"Cadangan itu boleh diutarakan, tetapi sukar untuk laksanakan terutama untuk kumpul semua rakaman itu bukan kerja mudah. Kalau sehari bas itu berjalan tiga trip, banyak yang kita nak kena tengok.
"Bagaimanapun, kita sarankan setiap syarikat bas untuk memasang CCTV tersebut bagi memantau pemandu mereka," katanya.
Mengulas mengenai statistik kesalahan dilakukan pemandu bas, tahun ini mencatatkan peningkatan dengan 103 notis saman dikeluarkan berbanding hanya 48 tahun lalu.Saya yakin, jika operasi dijalankan berterusan selama sebulan contohnya, tiada lagi kesalahan dilakukan pemandu bas ekspres. Kita akan cuba laksana operasi sebegitu nanti."
- Nazli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!