Vietnam lega atasi Malaysia
- Foto AFF Suzuki Cup
A
A
A
Biarpun menyaksikan pelawat lebih dominasi perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu tetap teruja kejayaan pasukan bimbingan yang sekadar memperolehi dua percubaan tepat tersebut sepanjang 90 minit.
“Saya gembira dengan kemenangan pada malam ini (kelmarin) tiga mata ini cukup penting kerana kami beraksi di laman sendiri. Ia perlawanan yang sukar kerana seperti dijangka Malaysia memberi tentangan sengit.
“Namun kami tidak boleh berpuas hati, kami masih belum layak kerana masih ada lagi perlawanan jadi kami kena fokus pada perlawanan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan, kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Sang-hoe mendedahkan taktiknya mengapa tidak menurunkan kapten, Nguyen Van Quyet memandangkan beliau yakin Cong Phoung mampu melaksanakan tugasnya dengan baik.
“Saya tidak menurunkan kapten kerana saya memilih pemain mengikut strategi permainan dan mengikut lawan yang kami hadapi malam ini bukan kerana itu dia hanya diletakkan sebagai pemain simpanan.
“Cong Phuong adalah seorang penyerang dan sudah semestinya tugas dia untuk menjaringkan gol," jelasnya.
Dalam aksi itu, Nguyen Cong Phuong dan Nguyen Anh Duc menjaringkan gol pasukan tuan rumah pada minit ke-11 dan 60.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!