17 maut letupan bom kereta di Mogadishu

Mayat seorang penduduk awam yang terbunuh dalam letupan di luar sebuah hotel di Mogadishu, Somalia hari ini diangkat oleh orang ramai. - Foto Reuters
Mayat seorang penduduk awam yang terbunuh dalam letupan di luar sebuah hotel di Mogadishu, Somalia hari ini diangkat oleh orang ramai. - Foto Reuters
A
A
A

MOGADISHU - Seramai 17 maut manakala berpuluh yang lain cedera dalam insiden letupan bom kereta di Mogadishu, Somalia hari ini.

Insiden letupan yang didalangi militan Al-Shabaab itu berlaku berhampiran pos pemeriksaan keselamatan di jalan utama menuju lapangan terbang antarabangsa.

Bunyi letupan kuat kedengaran dan kepulan asap hitam kelihatan naik ke udara.

Saksi menceritakan kereta terbabit diletupkan di luar pagar utama sebuah hotel.

"Saya melihat beberapa orang terbaring, terdapat mangsa yang maut berlumuran darah," kata Abdikarim Mohamed, seorang saksi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan hotel di Somalia ragut 26 nyawa

Hospital Medina, fasiliti utama trauma di Mogadishu menerima mayat dan mangsa cedera.

"Mayat 17 mangsa yang maut dalam letupan dibawa ke rumah mayat hospital sementara 28 yang lain menerima rawatan untuk pelbagai kecederaan," kata Pengarah Hospital Medina, Mohamed Yusuf.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, militan Al-Shabaab yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkata, operasi dijalankan menggunakan kenderaan berisi bahan letupan yang menyasarkan pos pemeriksaan sepanjang jalan menuju lapangan terbang.

Serangan terbabit berlaku selepas lebih seminggu 26 maut dan 56 yang lain cedera susulan serangan 12 jam militan Al-Shabaab di Hotel Medina yang terletak di bandar pelabuhan Kismayo. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!