Gempa bumi sederhana landa timur laut Taiwan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda timur laut Taiwan pada jam 4.47 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pusat gempa dengan kedalaman 105 kilometer (km) itu terletak di 25.2 darjah utara dan 124.3 darjah timur, kira-kira 267km timur dari Keelung, Taiwan.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!