Masalah gusi berdarah kanak-kanak

A
A
A

PERNAHKAH anda berhadapan dengan situasi anak yang baru tumbuh gigi mengalami demam dan gusi berdarah?

Sebagai seorang ibu yang sentiasa mengambil berat perihal anak, ibu akan mula berfikir dengan pelbagai andaian dengan situasi yang berlaku.

Barangkali anda merasakan anak menghadapi masalah tertentu atau mungkin gigi yang tumbuh tidak sesuai dengan umurnya?.

Ibu harus faham apabila anak mengalami gusi berdarah ia menunjukkan berlaku jangkitan pada mulut. Ia boleh jadi disebabkan oleh sejenis virus dikenali sebagai herpes simplex-1 (HSV1).

GUNA berus gigi yang lembut untuk menghindari gusi berdarah.
GUNA berus gigi yang lembut untuk menghindari gusi berdarah.

Apa itu jangkitan herpes simplex?

- Ia adalah infeksi yang sangat umum dengan kadar jangkitan lebih daripada 85 peratus kalangan dalam kanak-kanak.

- Jangkitan itu sering berlaku apabila kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga empat tahun.

- Berlaku semasa gigi tumbuh.

Artikel Berkaitan:

- Pada kebiasaannya, jangkitan herpes tidak menunjukkan gejala. Pun begitu, kanak-kanak yang menghadapi jangkitan pada kali pertama boleh mengalami letusan vesikuler dan pendarahan gusi yang dikenali sebagai primary herpetic gingivostomatitis.

Gejala jangkitan

- Mulut rasa tidak selesa

- Berbau

- Air liur meleleh

- Demam

- Kesukaran untuk makan dan minum selama lima hingga tujuh hari.

Rawatan

- Ubat demam untuk merawat demam.

- Kanak-kanak perlu minum dan mengambil makanan yang lembut serta senang ditelan.

- Gunakan berus gigi yang lembut untuk penjagaan kebersihan mulut.

- Kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya antara 10 hingga 14 hari.

- Sila berjumpa dengan pengamal perubatan atau pergigian sekiranya kanak-kanak mengalami demam yang tinggi dan tidak dapat minum atau makan akibat letusan vesikular yang ketara.

Sumber: Doktor Budak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!