Kilang sawit terbakar

Keadaan kilang sawit di Felda Air Tawar 2, di sini yang terbakar 40 peratus dalam kejadian kebakaran berlaku malam tadi.
Keadaan kilang sawit di Felda Air Tawar 2, di sini yang terbakar 40 peratus dalam kejadian kebakaran berlaku malam tadi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah kilang sawit di Felda Air Tawar 2 di sini terbakar 40 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian pada jam 9.30 malam sebelum 13 anggota dari BBP Kota Tinggi dan Bandar Penawar bersama tiga buah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran di kawasan memproses buah masak itu disedari pekerja kilang berkenaan sebelum pihak kilang bertindak menghubungi bomba.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses kelapa sawit. Sebaik sampai di lokasi, api sudah marak dan kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api.

"Bangunan berkenaan jenis kekal dan kebakaran itu telah memusnahkan 40 peratus daripada keseluruhan kilang.

"Ketika kejadian berlaku, kilang sedang beroperasi dan terdapat beberapa pekerja sedang bekerja dan berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba berjaya menamatkan operasi pada jam 12.11 malam.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan anggaran kerugian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!