JPNS siasat aduan pengambilan 'Ghost Smoke' oleh pelajar
KOTA KINABALU - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai aduan orang ramai mengenai pengambilan gula-gula 'Ghost Smoke' (GS) dikalangan pelajar di Papar, baru-baru ini.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini siasatan yang dilakukan adalah negitif dan untuk memastikan para pelajar tidak membeli lagi gula-gula berkenaan pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua pengetua dan guru besar.
“Penjualan gula-gula berkenaan adalah di luar sekolah, oleh itu kita telah mengeluarkan arahan kepada pengetua dan guru besar untuk memberitahu pelajar masing-masing bahawa pengambilan gula-gula berkenaan telah melanggar Peraturan Makanan 1983 iaitu tidak menyatakan kandungan aditif makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.,
Beliau berkata pihaknya juga telah menyebarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa pengambilan gula-gula GS itu adalah tidak dibenarkan.
“Sekolah adalah tertakluk kepada garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan gula-gula GS adalah termasuk dalam kategori makanan yang tidak boleh dijual di kantin sekolah,” katanya.
Semalam, Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula GS di seluruh negara.
Siasatan itu dilaksanaka ekoran laporan media tentang kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula GS yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut baru-baru ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!