Ayuh Malaysia bantu bina Peace Village di Palu

No Image Caption
A
A
A
PALU, SULAWESI TENGAH - Atas dasar prihatin dan kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Malaysia sudah memulakan kerja-kerja fasa awal membangunkan Peace Village di Desa Sidera, Biromaru Palu.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim berkata, 20 unit hunian sementara (Huntara) itu dibangunkan untuk penduduk yang terkesan tragedi bencana alam buruk di Palu, Sulawesi Tengah 28 September 2018 lalu.

"Bagaimanapun GPM mensasarkan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi menambah unit rumah Peace Village di Desa Sidera sebagai huntara kepada 100 keluarga yang terjejas akibat kejadian likuifaksi, gempa bumi dan tsunami.

No Image Caption



"Fasa pembangunan awal telah dimulakan untuk 20 keluarga yang terdiri dengan kemudahan seperti rumah, tandas, dapur umum dan juga ruang aktiviti bersama untuk anak-anak di kawasan Peace Village berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, GPM masih membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk terus menyumbang bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, pemilik tanah Peace Village, Rizal Irham berkata, dia berlapang dada menerima bantuan GPM dan rakyat Malaysia untuk membangunkan Peace Village buat penduduk Desa Sidera.

No Image Caption



"Sudah lama penduduk Desa Sidera ini hidup bertenda-tenda tanpa rumah, panas hujan, kasihan sekali.

Artikel Berkaitan:


"Saya benarkan Peace Village dirikan hunian sementara buat penduduk malang di sini, terima kasih Malaysia sudah membantu dan mengurangkan beban kesusahan kami yang ditimpa malapetaka ini, terima kasih banyak," ujarnya penuh syukur.

Peace Village ini akan dibangunkan berasaskan kayu yang dijangka akan dihuni selama dua tahun sebelum warga di Desa Sidera ini mampu membina rumah mereka sendiri nanti.

Sumbangan rakyat Malaysia masih lagi diperlukan bagi menampung sebahagian besar lagi sumbangan bagi mereka yang terkesan gempa ini.

No Image Caption



Cara sumbangan boleh dilakukan melalui:

Sumbangan dalam talian: www.billplz.com/gempasulawesi

Deposit atau pindahan ke akaun Global Peace Mission

Bank Islam: 1402-30100-29224

Maybank:5642-2161-1602

Affin Islamic Bank:1051-9000-2871

Ref: Sulawesi dan hantarkan

e-mel: gpmkewangan@gmail.com

GPM mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan menyeru agar usaha bantuan kemanusiaan ini diberikan sokongan oleh semua. Segala maklumat lanjut mengenai misi bantuan kemanusiaan #PeduliGempaSulawesi ini boleh berhubung dengan pejabat GPM di talian 011-37312236 atau emel di gpmhq@yahoo.com

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!